Here's what my friend sent me in msn...
Kempen memboikot bahasa pinjaman….
Memandangkan pelbagai pihak telah menganjurkan kempen memboikot produk AS, kami pun ingin mengambil peluang ini untuk memboikot kata-kata pinjaman dari Bahasa Inggeris….
Contoh:
1) lampu (lamp) à benda yang bernyala mengeluarkan cahaya
Contoh ayat : Adik, pergi tutup benda yang bernyala mengeluarkan cahaya itu.
2) basikal (bicycle) à kenderaan yang beroda dua yang bergerak dengan berkayuh
Contoh ayat : Ahmad menunggang kenderaan yang beroda dua yang bergerak dengan berkayuh ke sekolah setiap hari.
3) motorsikal (motorcycle) à kenderaan beroda dua yang bergerak selepas mengisi minyak
Contoh ayat : Rizal menunggang kenderaan beroda dua yang bergerak selepas mengisi minyak pergi bekerja setiap hari.
4) telefon (telephone) à benda yang membolehkan seseorang bercakap dengan seseorang lagi jarak jauh
Contoh ayat : Saya dikejutkan oleh bunyi deringan benda yang membolehkan seorang bercakap dengan seseorang lagi jarak jauh.
5) tomato (tomato) à sejenis sayur yang berwarna oren dan kaya dengan vitamin C
Contoh ayat : Adik saya suka makan sejenis sayur yang berwarna oren dan kaya dengan vitamin C.
6) kopi (coffee) à sejenis minuman yang berwarna hitam yang pahit
Contoh ayat : Ayah minum sejenis minuman yang berwarna hitam yang pahit sebelum pergi bekerja.
7) Epal (apple) à sejenis buah yang berwarna bulat yang berwarna merah atau hijau
Contoh ayat : Emak kata makan sejenis buah yang berwarna bulat yang berwarna merah atau hijau baik untuk kesihatan.
8) Pen (pen) à benda yang panjang dengan hujung tajam yang digunakan untuk menulis
Contoh ayat: Benda yang panjang dengan hujung tajam yang digunakan untuk menulis saya itu telah kehabisan dakwat.
9) Komputer (computer) à benda yang macam kotak yang banyak kegunaannya dan……..
Haiz! Tak tau la.. SUSAH la…… lebih baik saya tidur daripada membazir masa buat kerja bodoh ini….
11 Years
8 years ago